Monday 27 February 2012

Ucapan MAJliS REStU ILMuR R

Terima kasih pengerusi majlis,
Bismilah …..Wassalam  tuwassalam  waalaasyrafil  ambiya’  iwalmursalin  waala  alihiwasohbihi ajmain. Assalamualaikum  wbt …..  dan selamat  sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Bonda Datin, Datin Hajah Norliah Binti Raja Omar, Pengetua SMKPP9(2), guru-guru Penolong Kanan SMKPP9(2), guru-guru kanan matapelajaran, dan warga pendidik SMKPP9(2), dan  rakan-rakan serta calon-calon PMR sekalian.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami calon PMR SMK Putrajaya presint 9(2) berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk  memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan PMR pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.



Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon PMR umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan menegur kami secara langsung atau tidak langsung.  

 Terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Datin dan pihak sekolah yang sudi menyediakan alat tulis dan makan tengah hari sepanjang peperiksaan. Jasa baik Bonda dan pihak sekolah tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga kepada cikgu Sapura binti Anjau selaku penyelaras tingkatan tiga yang telah banyak melayan kerenah kami dalam segala hal yang melibatkan tingkatan 3. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,
Mat ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon PMR SMKPP9(2) tahun 2011 merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, assalamualaikum w.b.t

2 comments:

  1. Assalamualaikum,boleh ke saya nak pinjam skrip ucapan ini untuk majlis doa restu spm yang akan diadakan di sekolah saya..

    ReplyDelete